0

The Scar

Saat masa bersama yang mungkin boleh dikatakan seketika tetapi yang paling memberi impak dalam kehidupan dan menjadisalah satu memori yang tidak dapat dilupakan. Saat berkenalan yang ringkas dan mudah yang di mulakan dengan "hye" dan akhirnya sekarang semuanya sudah hampir ke penghujung yang sudah tiada jalan untuk kembali. Mungkin kerana ego yang membuatkan hubungan yang ketika dulu yang mampu di baiki dan di bina supaya kembali utuh tidak digunakan. Sesalan tiada gunanya lagi kerana apa yang berlaku ada baik dan buruknya. Apabila tiba saat untuk melupakan memori yang terpahat ia kembali segar di dalam ingatan.

Pertemuan pertama apabila melihat senyuman yang sentiasa membuatkan aku berasa gembira. Tingkah laku mu yang manja dan keanak anakan itu lah yang memikat hatiku. Setiap pertemuan ada memori istimewa yang boleh di kenang tetapi jarak yang memisahkan adalah sesuatu yang membuatkan kita semakin renggang. Ini adalah sebuah cerita dua insan yang pernah mengenali antara satu sama lain sesuatu ketika dahulu. Hubungan yang tiada pihak yang salah hanya bukan jodoh yang membuatkan kita tidak dapat bersama. Kemaafan telah di pinta dan kau telah melangkah terus kehadapan tanpa menoleh kebelakang akan tetapi aku masih terkapai dibuai mimpi kisah lama. Semuanya semakin jelas kelihatan yang memang engkau sudah punyai pegganti walau engkau menyoroknya aku dapat merasakanya. Sampai di sini sahaja cerita dan sandiwara yang harus berlaku.Sekian. >
 
Copyright © I'm Human Too