0

Vulnerable.

Hati ini rapuh..
Kerana dulu ia penah hancur...
Ia menjadi susah untuk di cantum kembali..
Ibarat mencantumkan kaca-kaca yang telah pecah bederai..
Pasti terluka ketika ingin mencantumkannya.,

Aku tidak pernah menjangka...
atau meramal sesuatu begini berlaku..
Tetapi akhirnya semuanya sudah terjadi...
dan ia telah lama berlalu walaupom bagiku ia ibarat semalam...
Kerana ku sangka ia akan berkekalan...

Baru ku mengetahui apa yang berlaku..
Aku ketawa sendiri bila mengetahui tentang apa yang terjadi..
Dulu aku ingat kita istimewa...
mampu berkongsi masalah tanpa berselindung...
rupanya kau layan yang lain sama sahaja...

Aku senyum...
Aku ketawa...
kerana aku sedar siapa aku dulu..
menghargai tetapi tidak dihargai...
Ayat "Tak Boleh Terima Kenyataan" masih terngiang ngiang di dalam minda ku...
kerana aku pasti yang dulu itu semuanya benar...
Jadi aku doakan agar kau sentiasa bahagia selamanya..
Tiada dendam lagi yang ingin ku simpan..
Ku ingin lupakan dan lepaskan semuanya...
Aku sudah penat...
Tuhan Kau berikan kekuatan kepada aku...
Untuk ku tempuhi hari-hari ku...

>
0

Mata

Aku melihat..
aku memerhati..
aku meneliti..
tiada apa lagi benda yang ku pasti...

bukan niat ku untuk membandingkan..
tetapi ia kelihatan jelas sekali..
perbezaan ketika kita bersama dahulu dengan orang yang bersama sekarang..
amat berbeza sekali..
aku tahu dan aku percaya yang dulu kau tidak mahu hebahkan kerana ada sebab tertentu..
kau takut ahli keluarga tahu..
kau khuatir kawan-kawan kau mengetahui..
tetapi rupanya kau malu..
kau segan dengan diri ku..
untuk kau akui siapa aku kepada diri mu...

kau malu kerana siapalah aku yang tidak berupa seperti kekasih baru mu..
kau malu dengan apa yang aku ada...
sehinggakan kau sudah ucapkan kepada ku "mulut longkang"..
sehinggkan kau katakan kepadaku "blah!"
ucapan yang kasar tetapi ku terima...
kerana aku sedar siapa aku dengan kekasih baru mu..

Aku keliru aku tidak pasti bagaimana kau boleh lupakan sesuatu begitu mudah..
adakah kerana semua memori-memori itu tiada nilai?
ibarat kaca bukanya berlian...
kerana serpihan kaca itu lah yang masih melukakan hati ku..
sehinggakan aku tidak mampu fikir logiknya semua itu..
sehinggakan aku terduduk dan tidak mampu fikirkan apa apa...

Mudahnya...
Ibarat sudah di ambil madu sepahnya di buang..
begitu mudahnya kau berubah..
adakah harta yang cari selama ni?
adakah rupa yang kau mahukan selama ini?
aku terfikir sendiri...
meratapi diri sendiri...
sedangkan kau bahagia tersenyum kegembiraan bersama insan tersayang..

Oh aku tidak pasti apa lagi benda yang di katakkan cinta itu..
aku tidak pasti lagi aku mampu jatuh hati...
aku kembali takut untuk mendekati..
aku takut aku akan di sakiti...
jadi baik aku menyendiri...
>
0

Jasad

Aku sekarang ibarat jasad yang bernyawa tanpa perasaan...
Kerana perasaan ku telah mati..
Perasaan ku mati kerana hatiku telah patah buat ke beberapa kalinya...
ku cuba isi dan merawat hati ku..
tapi akhirnya sekali lagi ia di baling di pecahkan..
akhirnya tinggal serpihan-serpihan luka yang tidak dapat di cantum kembali..
rumit untuk membaiki hati yang telah berlalu pergi...

Kebahagiaan dulu rupa-rupanya hanyalah mimpi
aku terlalu asyik di buai mimpi dan ingin menyatakan semua itu benar..
dan akhirnya aku sedar..
bahawa aku telah di berikan harapan palsu..
dan segala janji manis dan memori itu hanyalah dusta...
kerana kau telah rentap semua pergi..
sehinggakan aku terduduk tidak mampu menahan perasaan...

Mana pergi janji di saat suka duka aku cuba sedaya upaya untuk bersama?
sudahkah ia dikaburi dengan rasa kasih dan perhatian orang lain..
aku sedar apa yang telah kau katakan padaku...
aku telah meneliti diriku..
mungkin kerana banyaknya kekurangan aku..
kau telah memutuskan untuk pergi bersama si dia...
tanpa memikirkan sedikit pom apa yang bakal ku rasa..

Tidak mengapalah...
mungkin kau sudah cukup terseksa bersama ku selama ini...
mungkin kau merasa diri kau di kongkong..
mungkin kerana kau malu dengan diriku yang tiada rupa seperti yang kau suka...
mungkin kerana kau penat mendengar celoteh ku..
mungkin kerana kau rasa aku tidak cukup baik untuk mu kerana aku tidak punyai harta...

Tidak mengapalah...
aku cuba bangun sendiri perlahan lahan...
aku cuba tidak menoleh kebelakang..
aku cuba untuk melupakannya...
aku akan cuba walaupun aku pasti yang aku aku terkandas hinggkan ke suatu masa...

Aku masih di sini hidup di dalam memori lampau..
aku cuba mencari jalan keluar..
tetapi aku lemas di dalam memori-memori...
aku tidak mampu meletakkan noktah pengakhiran di dalam satu lagi chapter ini...
aku masih tidak berdaya..
mungkin suatu masa nanti noktah itu akan tertulis..
menutup sebuah kisah yang akan ku sesali seumur hidupku..
kerana aku telah mensia-siakanya..

>
0

Hati Mati

Pergi...
Pergi kau tidak kembali..
mungkin kerana kesalahan diri sendiri..
mungkin aku tidak cukup menghargai..
yang akhir nya hati ini di sakiti sekali lagi..

Kenapa hati engkau seperti sudah tiada di sini..
adakah engkau sudah mati..
kerana selalu di sakiti..
adakah engkau hati sudah berlalu pergi..
hati jangan kau tinggalkan aku sendiri..
aku tidak mahu hidup dengan hati mati..
pasti tiada lagi kegembiraan di sisi...

mungkin aku yang menyeksa supaya engaku di sisi..
sedangkan hati kau punyai kehendak sendiri...
mungkin keikhlasan sudah tiada lagi..
mungkin tawar hati..
mungkin ketahanan telah pergi..
hati kau mati..
kau mati tinggal aku sendiri... >
 
Copyright © I'm Human Too