0

Jasad

Aku sekarang ibarat jasad yang bernyawa tanpa perasaan...
Kerana perasaan ku telah mati..
Perasaan ku mati kerana hatiku telah patah buat ke beberapa kalinya...
ku cuba isi dan merawat hati ku..
tapi akhirnya sekali lagi ia di baling di pecahkan..
akhirnya tinggal serpihan-serpihan luka yang tidak dapat di cantum kembali..
rumit untuk membaiki hati yang telah berlalu pergi...

Kebahagiaan dulu rupa-rupanya hanyalah mimpi
aku terlalu asyik di buai mimpi dan ingin menyatakan semua itu benar..
dan akhirnya aku sedar..
bahawa aku telah di berikan harapan palsu..
dan segala janji manis dan memori itu hanyalah dusta...
kerana kau telah rentap semua pergi..
sehinggakan aku terduduk tidak mampu menahan perasaan...

Mana pergi janji di saat suka duka aku cuba sedaya upaya untuk bersama?
sudahkah ia dikaburi dengan rasa kasih dan perhatian orang lain..
aku sedar apa yang telah kau katakan padaku...
aku telah meneliti diriku..
mungkin kerana banyaknya kekurangan aku..
kau telah memutuskan untuk pergi bersama si dia...
tanpa memikirkan sedikit pom apa yang bakal ku rasa..

Tidak mengapalah...
mungkin kau sudah cukup terseksa bersama ku selama ini...
mungkin kau merasa diri kau di kongkong..
mungkin kerana kau malu dengan diriku yang tiada rupa seperti yang kau suka...
mungkin kerana kau penat mendengar celoteh ku..
mungkin kerana kau rasa aku tidak cukup baik untuk mu kerana aku tidak punyai harta...

Tidak mengapalah...
aku cuba bangun sendiri perlahan lahan...
aku cuba tidak menoleh kebelakang..
aku cuba untuk melupakannya...
aku akan cuba walaupun aku pasti yang aku aku terkandas hinggkan ke suatu masa...

Aku masih di sini hidup di dalam memori lampau..
aku cuba mencari jalan keluar..
tetapi aku lemas di dalam memori-memori...
aku tidak mampu meletakkan noktah pengakhiran di dalam satu lagi chapter ini...
aku masih tidak berdaya..
mungkin suatu masa nanti noktah itu akan tertulis..
menutup sebuah kisah yang akan ku sesali seumur hidupku..
kerana aku telah mensia-siakanya..

>
0

Hati Mati

Pergi...
Pergi kau tidak kembali..
mungkin kerana kesalahan diri sendiri..
mungkin aku tidak cukup menghargai..
yang akhir nya hati ini di sakiti sekali lagi..

Kenapa hati engkau seperti sudah tiada di sini..
adakah engkau sudah mati..
kerana selalu di sakiti..
adakah engkau hati sudah berlalu pergi..
hati jangan kau tinggalkan aku sendiri..
aku tidak mahu hidup dengan hati mati..
pasti tiada lagi kegembiraan di sisi...

mungkin aku yang menyeksa supaya engaku di sisi..
sedangkan hati kau punyai kehendak sendiri...
mungkin keikhlasan sudah tiada lagi..
mungkin tawar hati..
mungkin ketahanan telah pergi..
hati kau mati..
kau mati tinggal aku sendiri... >
 
Copyright © I'm Human Too