aku memerhati..
aku meneliti..
tiada apa lagi benda yang ku pasti...
bukan niat ku untuk membandingkan..
tetapi ia kelihatan jelas sekali..
perbezaan ketika kita bersama dahulu dengan orang yang bersama sekarang..
amat berbeza sekali..
aku tahu dan aku percaya yang dulu kau tidak mahu hebahkan kerana ada sebab tertentu..
kau takut ahli keluarga tahu..
kau khuatir kawan-kawan kau mengetahui..
tetapi rupanya kau malu..
kau segan dengan diri ku..
untuk kau akui siapa aku kepada diri mu...
kau malu kerana siapalah aku yang tidak berupa seperti kekasih baru mu..
kau malu dengan apa yang aku ada...
sehinggakan kau sudah ucapkan kepada ku "mulut longkang"..
sehinggkan kau katakan kepadaku "blah!"
ucapan yang kasar tetapi ku terima...
kerana aku sedar siapa aku dengan kekasih baru mu..
Aku keliru aku tidak pasti bagaimana kau boleh lupakan sesuatu begitu mudah..
adakah kerana semua memori-memori itu tiada nilai?
ibarat kaca bukanya berlian...
kerana serpihan kaca itu lah yang masih melukakan hati ku..
sehinggakan aku tidak mampu fikir logiknya semua itu..
sehinggakan aku terduduk dan tidak mampu fikirkan apa apa...
Mudahnya...
Ibarat sudah di ambil madu sepahnya di buang..
begitu mudahnya kau berubah..
adakah harta yang cari selama ni?
adakah rupa yang kau mahukan selama ini?
aku terfikir sendiri...
meratapi diri sendiri...
sedangkan kau bahagia tersenyum kegembiraan bersama insan tersayang..
Oh aku tidak pasti apa lagi benda yang di katakkan cinta itu..
aku tidak pasti lagi aku mampu jatuh hati...
aku kembali takut untuk mendekati..
aku takut aku akan di sakiti...
jadi baik aku menyendiri...
>